100 tahun kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani  

Posted

ESOK 11 Zulhijjah 1425 H merupakan tarikh dengan pelbagai peristiwa bersejarah. Di antaranya, genap 100 tahun kewafatan seorang ulama besar dunia Melayu yang sangat terkenal. Beliau adalah seorang pemikir agung dunia Melayu, sekali gus pemikir Islam peringkat antarabangsa mewakili ulama Mekah pada zamannya.

Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Beliau lahir di Kampung Sena Janjar, Jambu, Patani, pada 5 Syaaban 1272 H/11 April 1856 M dan wafat pada 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M di Mina dan dimakamkan di Ma'la, Mekah.

Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama dunia Melayu yang paling banyak mengeluarkan buah fikiran, sama ada tentang Melayu mahupun tentang Islam. Hasil pemikirannya meliputi pelbagai persoalan; sains, teknologi, perubatan, politik dan lain-lain.

Pemikiran lengkap pelbagai aspek beliau dapat dirujuk dalam 3 jilid buku berjudul Syeikh Ahmad al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Buku terbitan Khazanah Fathaniyah dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dalam rangka 100 tahun kewafatan beliau akan dilancarkan pada 5 Mac 2005 dalam Wacana Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam di Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia.
This entry was posted on 12 November 2006 at Sunday, November 12, 2006 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment